ZA'FARAN @ SAFFRON
Nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.
Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal dan lain-lain kasiat.Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya.
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.
MADU
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran,
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan" surat An Nahl ayat 68-69
Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
HABBATUS SAUDA'
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional bagi tujuan untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, untuk menolong merawat batuk dan asma, merawat kencing manis, mengatasi selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah payah tidur, sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W....
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina, seorang saintis hebat di zaman kegemilangan Islam juga dalam bukunya Canon of Medicine telah menyatakan Habbatus Sauda ……merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
KURMA
Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud : Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, "Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih".
Firman Allah yang bermaksud:" Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".(Surah Mayam, ayat 25).
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat, besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain yang diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.
Sabda Rasullulah S.A.W..... "Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya,makan anak yang lahir akan menjadi seoarng anak penyabar dan bersopan santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar."
Firman Allah yang bermaksud:" Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".(Surah Mayam, ayat 25).
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat, besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain yang diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.
Sabda Rasullulah S.A.W..... "Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya,makan anak yang lahir akan menjadi seoarng anak penyabar dan bersopan santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar."
DELIMA
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi. Firman Allah: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. (Q:55:6). Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.
Buah delima baik untuk kerongkong, dada, dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima juga mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Beraksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
BUAH TIN
Terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.
ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.
MISAI KUCING
Misai Kucing ialah herba yang kaya dengan khasiat dan telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat penyakit gout dan sendi (rheumatism), buah pinggang, pundi kencing dan sistem peredaran darah. Ia juga memperbaiki saluran kencing sekaligus mencegah pembentukan batu karang.
Mengikut satu kajian, Misai Kucing juga dapat mengurangkan free radical dalam badan dan bertindak sebagai antioksida, berkesan merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, serta menurunkan tekanan darah tinggi.
Misai kucing berfungsi membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.
Halia dan telur puyuh berkhasiat untuk memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan, mengatasi selulit, melancarkan peredaran darah, mengelakkan salur darah dari tersumbat, melangsingkan badan serta meredakan penyakit angin ahmar.
Ia juga berkhasiat bagi mengatasi masalah kembung perut, sakit perut, sakit pinggang dan sakit belakang serta melegakan sengal-sengal otot dan sendi. Ia juga merangsang dan membangkitkan syahwat lelaki dan wanita serta membantu mengatasi masalah ejakulasi pramatang. Ia juga baik untuk demam, kencing berdarah, asma, selsema, cirit-birit, penyakit kuning, migrain, dan lain-lain.
KOKO
Kandungan lemak dalam koko menjadikannya sejenis minuman yang dapat menyumbang lebih tenaga.
Berdasarkan kajian, kuantiti antioksida yang diserap dari koko adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol di dalam koko berupaya mengurangkan tekanan.
Koko juga mampu melambatkan proses penuaan kerana antioksida berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini membuktikan wujudnya poliphenol sebagai antioksida dalam koko.
Kulit manggis menghasilkan warna merah/ungu, dan amat sukar ditanggalkan. Ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat berbagai penyakit.
Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis . Xanthones menghasilkan kandungan ORAC iaitu bahan antioksidan yang cukup baik untuk badan. Lihat analisis yang dibuat oleh para saintis dunia mengenai kandungan antioksidan dalam manggis. Lihat betapa hebatnya manggis!